THIQAH 09,
tinggal kenangan.
IHSAN 08?
da lama kena tinggal.hehe.
semoga segala yang kita laluitempuh selama ini,dijadikan penguat semangat untuk masingmasing teruskan perjuangan walau terpisahcampak ke manamana kelas sekali pun.selagi keikhlasan belajar kerana DIA itu ada,insyaALLAH,semuanya berjalan lancar+mudah.
akan sentiasa rindu kalian.kenakalan bersama.keseriusan-tibatiba bersama.kebisingan bersama.kedendaan bersama.haha.
teruskan berjuang,sahabat.
*****
baju kelas,baju kelas,baju kelas.
eh salah.
baju yang ditempah beramairamai dibawah 1 pengurusan (:D).
sila bayar RM16 untuk bayaran penuh.
siapa tak bayar tak dapat baju.
eh bukan.
semua wajib bayar.nasib.semua da ada bajunya.tinggal nak bagi je lepas bayar.
jom bayar cepatcepat.pakainya bila rindu.
*****
perjalanan blog
DIHENTIKAN.
tapi tidak didelete insyaALLAH.
biarlah segala memori yang terpahat menjadi lembaran yang takkan dibuanglupakan.
thiqah09@ihsan08:a memoir.
*PERHATIAN*
kepada semua ex-thiQah 2009.
baju class yang ditempah secara berjamaah tu da siap.
maka,dengan ini,pihak atasan meminta kalian bawa rm16 semasa class tambahan untuk bayaran penuh.
WAJIB.
harap maklum.terima kasih.
*****
selamat berclass tambahan.:)
jadual kelas tambahan.click gambar untuk lebih besar.
hari arafah.
puasa sunat hari arafah.
|9 zulhijjah 1430=26 november 2009.=esok.(khamis.)|
jom puasa ramairamai.zz.
Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap: woow, ciriciri isteri idaman.
kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: aish tak reti komunikasi betul.
kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: mesti ada krisis dalaman
nih.kesian.
kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak
huduh.
kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg
diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati...!
kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang
diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu.
kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: wah.macam pinang dibelahbelah.
kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian.mesti kena bomoh lelaki
tuh!
kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu.
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: huh.patut pun kena reject.
kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus.penuh
kasih sayang.
kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang
harus menyayangi.
kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: mesti anak orang kaya ni.
kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: entah dato' mana bela ni.
kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalaukalau gambarnya
tersebar.
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri.
kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh.
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas
lelaki
Lelaki akan cakap: tak payah tunjuk caring.aku boleh tuang sendiri.
kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worry.i will make u happy
forever
kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikitsikit nak nangis! mengadangada...
kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak
tu.
kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: ko tak bubuh racunkan?
kalau perempuan lawa main missmisscallcall
Lelaki akan kata: takpe.aku pun memang miss perempuan ni.
kalau perempuan tak lawa main missmisscallcall
Lelaki akan cakap: ko ni baru dapat hp ke apa main misscallmisscall?!
kalau perempuan lawa hantarhantar email
Lelaki akan kata: sukanya.
kalau perempuan tak lawa hantarhantar email
Lelaki akan cakap: balikbalik email dia.boring duh.
Firman Allah swt : |DAN JIKA KAMU MENGHITUNG NIKMAT ALLAH SWT TIDAKLAH KAMU DAPAT MENGHITUNGNYA SATU PERSATU|[SURAH IBRAHIM AYAT 34.]
Hadis nabi : “JIKA KAMU TAHU APA YANG KAMI TAHU NESCAYA KAMU AKAN BANYAK MENANGIS, DAN SEDIKIT KETAWA”[RIWAYAT BUKHARI DAN IMAM MUSLIM]
Beritahu Pada Muslimah
www.iLuvIslam.com
saiful_ilham
editor : IskethaykaL
Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca.
disentuh terguris.
dihantuk serpih.
dihempap berkecai.
Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata.
cakap tinggi nanti dibenci.
terlalu rendah dipijak pula.
cakap sombong mengundang lawan.
hati-hati meluah kata.
kerana pulut santan binasa.
kerana mulut badan binasa.
Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku.
harga diri letaknya di situ.
jangan meluru ikut telunjuk nafsu.
sesekali tersilap langkah.
akan dihukum selamanya.
keturunan dicerca payah.
menyesal kemudian bukan faedah.
Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian.
ia cermin peribadi.
juga lambang bangsa.
di mana dan dalam keadaan macam manapun.
biar orang kenal..Dia orang ISLAM.
Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu.
kerana malu itu.
sebahagian dari iman.
(jumaat.17 julai.2009)
.:pertandingan bulan bahasa:.
jengjengjeng.
[persembahan bahasa arab.9 orang wakil 2 thiqah.]
[pidato bahasa arab.syahirah abdul rahman.]
[pidato bahasa melayu.qatrul aini.]
[public speaking.norfarhan hidayah.]
tahniah semua kerana mengambil bahagian.kuiz bm+bi+ba ada lagi kan.buat betulbetul.
ingatlah.kalah+menang bukan tujuan.andai kita kalah.anggaplah kekalahan tu sebagai 1 motivasi untuk kita lebih bersungguhsungguh lepasni.andai kita menang.anggaplah kemenangan tu akan menyumbang sesuatu untuk Islam.
terima kasih pada thiQahs yang lain atas sokongan+pandangan+idea+bantuan yang diberikan.andai ditakdirkan ada wakil kita menang.ingatlah kemenangan ni milik kita semua.semua.ok?.hehe.
jangan kecewa jika kita kalah.jangan putus asa jika kita tak menang
|1.JULAI.2009|
|ustazah.fahariah.mat.salleh|
[selamat.hari.lahir.
happy.birhtday.
sannah.helwa.ya.jamilah.]
"semoga ustazah diberkati+dirahmatiNYA selalu.semoga berjaya dalam setiap perkara yang ustazah lakukan."
*walaupun sebenarnya birthday ustazah esok.tapi tergerak pula nak post hari ni.teruja sangat kot.hehe.lebih baik sekarang daripada langsung tak kan?.(ayat najat ni.cukma translatekan dalam bm je.hehe)
3 guru berkaliber yang mengajar 2 thiqah pergi mengejar citacita.
pergi menimba ilmu untuk memantapkan lagi dirinya demi mendidik anak bangsa.
pergi dengan 1000 kejutan.
terima kasih ustazah.atas segala ilmu yang ustazah curahkan.
segala kudrat yang ustazah kerahkan untuk mendidik kami.
kami hargai setulus hati kami.
semoga ustazah terus berjaya dalam kehidupan ustazah.
kita akan jumpa lagi lepasni.biiznillah.
|ustazah.siti.rohana.harun|
.sambung belajar di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).
|sejarah|
|ustazah.norshahida.hassan|
(tak dapat dikenal pasti)
|aqidah|
|ustazah.asma'.amatullah.hasanuddin|
.dah habis cuti.kembali ke UIA,Gombak.
|FiqhSirah+Fiqh|
"TERIMA KASIH CAHAYA HATIKU,
TULUS SUCI KASIHMU,
OH TUHAN RAHMATI GURU"
terlewat.maaf.
|SELAMAT HARI GURU|
khas buat guruguru yang mengajar di thiqah.
|ustazah muhaini+ustazah hamizah+ustazah hanim+ustazah shahida+ustazah suhaila+ustazah mariam+ustazah mely+ustazah hidayati+ustazah asma'+ustazah suharti+ustazah rohana+ustazah rashidah harun+ustazah khatijah+ustaz kamarul kalam+ustaz azri|
Semoga DIA berikan yang terbaik buat kalian terus mendidik kami.terima kasih guru.
Pakaian Remaja:Di mana silapnya??
www.iluvislam.com
Aman Shah
Editor : arisHa27
"Pakaian Remaja?" jika kita dengar atau baca perkataan tersebut, secara automatik kita akan terbayang cara berpakaian remaja kita sekarang terutama pakaian remaja perempuan. Jenis pakaian yang paling awal tergambar di minda kita adalah pakaian mereka yang seksi, ketat, terlondeh sana sini dan dedah sana sini. Tidak dinafikan pakaian demikian juga dikenakan oleh belia dan orang dewasa, namun tumpuan kita kini adalah kepada golongan remaja yang bakal menerajui negara.
Cara berpakaian juga mencerminkan akhlak, jadi ia amat penting untuk dibincangkan bagi menjaga akhlak remaja kita. Di dalam Al-Quran, Allah berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 59 tafsirnya :
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi."
Dari ayat di atas tadi, jelas pada kita bahawa pakaian sebilangan remaja kita kini bertentangan dengan suruhan dan perintah Allah. Namun, mereka tidak menghiraukan yang demikian asalkan mereka nampak bergaya, menarik, selesa 'kononnya' dan mengikut gaya fesyen terkini. Selain pakaian yang jelas menjolok mata, ramai juga di kalangan remaja kita yang berpakaian '2H', HALAL TAPI HARAM. Ini amat ketara jika kita perhatikan sekeliling kita, ramai juga remaja kita yang bertudung.
Apabila sekali lihat, memang nampak mereka menutup aurat, namun jika diperhatikan ramai di kalangan mereka yang berpakaian ketat dan tidak kurang yang berlengan pendek. Pakaian lengan 'three quarter' (tiga perempat) paling glamor di kalangan remaja yang bertudung. Suatu ketika dulu, pakaian demikian begitu mengaibkan dan memalukan, namun kini seolah-olah pakaian yang dialu-alukan. Mana tidaknya, pakaian sedemikian banyak 'bersangkutan' dan 'berampaian' di gedung-gedung perniagaan di negara kita ini.
Pelbagai fesyen baru tumbuh bagai cendawan. Terdapat juga pakaian bersaiz kecil sehingga tidak keterlaluan jika kita katakan sekarang begitu sukar untuk membezakan antara pakaian kanak-kanak dan remaja. Jika kita kupas '2H' memang banyak pengertiannya. Namun satu sahaja lagi yang akan kita perkatakan di sini, pakaian tradisi kita yang telah dieksploitasikan. Baju kurang misalnya, pakaian rasmi negara kita yang begitu sopan dipandang mata, namun yang menyedihkan kainnya telah dibelah sehingga menampakkan betis ketika si pemakai melangkah.
Trend 'punk', 'funky', 'rappers', 'gengster', 'skinhead', 'grunge' dan sebagainya juga mempunyai cara pemakaian mereka yang tersendiri. Trend demikian bukan hanya di kalangan kaum lelaki malah kaum perempuan. Walaupun pakaian remaja lelaki tidak begitu menimbulkan masalah dalam mendedahkan aurat, namun ia tidak sopan malah menjatuhkan maruah budaya negara kita. Ini kerana pakaian tersebut melambangkan kelemahan pegangan remaja kita terhadap agama dan budaya bangsa.
Bangsa asing mentertawakan akan kebodohan dan kelemahan remaja kita kerana dengan mudah mereka membeli dan mempengaruhi minda remaja kita. Sebilangan dari remaja kita juga, 'lupa' atau 'tidak tahu' akan jantina mereka sendiri sehingga si lelaki memakai pakaian perempuan, sementara perempuan pula sebaliknya, sungguh kasihan. Golongan seperti ini adalah dilaknat oleh Allah. Ini jelas dinyatakan dalam hadis Nabi Besar kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud,
"Sesungguhnya Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."
Dengan sedikit contoh pakaian di atas, jelas pada kita bahawa cara berpakaian sebahagian remaja kita bertentangan dengan cara pakaian budaya Melayu sekali gus bertentangan dengan cara pemakaian yang digariskan Islam, agama rasmi negara kita. Para remaja begitu ghairah untuk mengikut budaya asing yang dianggap moden dan maju. Mereka takut dan terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman, kuno dan berfikiran sempit.
Islam memang menggalakkan kita untuk terus memajukan diri dan bukanlah menjadi kesalahan jika kita mengikut negara-negara Barat tersebut selagi ia tidak bertentangan dengan tuntutan Islam yang suci. Namun dalam hal pakaian, tidak sesuai untuk kita mengikut mereka, ini kerana pakaian mereka yang jelas bertentangan dengan Islam dan tidak sesuai dengan cara hidup negara kita yang berfalsafahkan Melayu Islam Beraja (MIB). Sebagai remaja Melayu Muslim, kita tidak perlu mengikut budaya asing dalam cara berpakaian.
Pakaian kita sudah cukup sempurna dan sopan dipandang. Berbaju kurung bagi kaum perempuan, manakala berbaju 'MIB' dan Cara Melayu bagi lelaki. Namun tidak semua pakaian tradisi tidak sesuai untuk agama Islam. Jika kita lihat pakaian tradisi Melayu, baju kebaya zaman dahulu contohnya, ketat dan antaranya dibuat dari kain kasa sehingga menampakkan kulit si pemakainya. Pun begitu, pakaian tersebut telah diperbaiki dengan rekaan pakaian kebaya labuh. Jadi kita bolehlah mengenakan pakaian tersebut.
Di sini tidak bermaksud agar remaja kita sentiasa mengenakan pakaian demikian, remaja kita boleh juga memakai mana-mana pakaian yang bersesuaian dengan situasi dan tempat. Bersukan contohnya, lelaki hendaklah memakai pakaian sukan dan berseluar panjang, manakala perempuan bertudung, berseluar panjang dan berbaju lengan panjang. Begitu juga ketika berjalan bersiar-siar dan makan angin. Walaupun tanpa memakai baju kurung, MIB atau Cara Melayu, remaja kita boleh juga memakai kemeja dan 'blaus' berlengan panjang, labuh dan tidak menampakkan kulit serta bertudung bagi kaum hawa.
Sebenarnya, tiada budaya yang tertentu yang mesti diikut dalam berpakaian. Kita boleh mengikut budaya kita sendiri atau budaya asing seperti budaya Arab dengan memakai jubah atau budaya Cina dan sebagainya selagi ia sopan dan memenuhi garis pandu yang ditetapkan Islam. Remaja itu sendiri yang tahu pakaian yang sesuai dengan selera mereka. Tepuk dada tanya selera! Paling penting hukum Islam jangan dipermainkan.
'kek maya' untuk ustazah.ngee. khas buat USTAZAH MUHAINI tersayang,
| Happy Birthday |
| Selamat Hari Lahir |
| Sannah Helwa Ya Jamilah |
yay.ustazah dah 25 tahun.makin besar.hurehurehure.semoga makin comel.haha.semoga DIA permudahkan segala urusan ustazah+keluarga.
| kami SAYANG ustazah |
|12.Mei.2009.|
senyum tanda mesra.senyum tanda sayang.senyumlah sedekah yang paling mudah. Kepada semua sahabatsahabat yang sedang diuji+yang telah diuji+yang belum diuji..Jangan Bersedih...Cinta ALLAH dan Rasulullah Menjamin Kebahagiaan..
Jangan Bersedih...Redha Dengan Anugerah Allah Membuat Anda kaya di Dunia..
Jangan Bersedih...Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas..
Jangan Bersedih...Semata-mata disebabkan Anda Berbeza dengan Orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri..
Jangan Bersedih...Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan atau Dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa..
Jangan Bersedih Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan..
Jangan Bersedih...Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira..
Jangan Bersedih...Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah..
Jangan Bersedih...Allah Tidak Akan Mensia-siakan Pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya..
Jangan Bersedih, Dunia ini Terlalu Hina Untuk Ditangisi..
"senyumlah kalian.semoga dengan senyuman kalian dapat membuat hatihati mereka di sekeliling+hati kalian tenang."
|Hati yang gundah terasa tenang.
Bila melihat senyum diri kan tenang.
Tapi senyumlah seikhlas hati.
Senyuman dari hati jatuh ke hati.
Senyumlah hanya kerana DIA.|