hidayah zulkharnain.
jadual baru 2thiqah sepanjang ramadhan.click pada gambar untuk lebih besar.
selamat bersekolah.

Pui

Wahai teman sekalian…sebarkanlah salammu, kepada saudara muslimmu…
dengan mengucapkan “Assalamu’alaikum”…maka tercatatlah satu kebajikan dalam kehidupan seharian kita.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu berkata bahwa Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda:

“Kalian tidak akan masuk syurga sampai kalian beriman, dan kalian tidak akan beriman sampai kalian saling mencintai. Tidak mahukah kalian aku tunjukkan sesuatu yang jika kalian lakukan maka kalian akan saling mencintai: Sebarkanlah salam diantara kalian.”
(HR. Muslim)

Tidak mahukah kita mendoakan kesejahteraan hidup sesama kita? Secara tidak langsung, kita dapat merapatkan jurang antara kita…

Maka berilah salam dan jawablah salam yang diberi. Betapa indahnya Islam, mendidik ummatnya agar saling mendoakan kesejahteraan hidup sesama muslim dan menjaga hak sesama kita…

Dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu berkata bahwa Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda:
“Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada lima; menjawab salam, menjenguk orang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang yang bersin.”
(Muttafaqun ‘alaihi)

Malah Islam juga mengajar ummatnya agar menjaga perhubungan dengan mereka yang bukan muslim…selagi mereka tidak mengancam agama Islam, maka jalankanlah hak dan tanggungjawab sebagai manusia yang bersyukur di atas kurniaan Allah s.w.t kepada mereka…
hidayah zulkharnain.
*all the best semuanya*
buat yang terbaik.bukan untuk orang lain.tapi untuk diri kita.semoga DIA permudahkan kita semua menjawab soalan exam nanti.ameen.
hidayah zulkharnain.
setelah lama berehat.rindu thiqah's.insyaAllah bersatu dalam 1 dunia semula esok.
hidayah zulkharnain.
hidayah zulkharnain.
LAWANYA DI HATI...

Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap: woow, ciriciri isteri idaman.
kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: aish tak reti komunikasi betul.
kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: mesti ada krisis dalaman
nih.kesian.
kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak
huduh.
kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg
diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati...!
kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang
diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu.
kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: wah.macam pinang dibelahbelah.
kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian.mesti kena bomoh lelaki
tuh!
kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu.
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: huh.patut pun kena reject.
kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus.penuh
kasih sayang.
kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang
harus menyayangi.
kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: mesti anak orang kaya ni.
kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: entah dato' mana bela ni.
kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalaukalau gambarnya
tersebar.
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri.
kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh.
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas
lelaki
Lelaki akan cakap: tak payah tunjuk caring.aku boleh tuang sendiri.
kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worry.i will make u happy
forever
kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikitsikit nak nangis! mengadangada...
kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak
tu.
kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: ko tak bubuh racunkan?
kalau perempuan lawa main missmisscallcall
Lelaki akan kata: takpe.aku pun memang miss perempuan ni.
kalau perempuan tak lawa main missmisscallcall
Lelaki akan cakap: ko ni baru dapat hp ke apa main misscallmisscall?!
kalau perempuan lawa hantarhantar email
Lelaki akan kata: sukanya.
kalau perempuan tak lawa hantarhantar email
Lelaki akan cakap: balikbalik email dia.boring duh.

Firman Allah swt : |DAN JIKA KAMU MENGHITUNG NIKMAT ALLAH SWT TIDAKLAH KAMU DAPAT MENGHITUNGNYA SATU PERSATU|[SURAH IBRAHIM AYAT 34.]

Hadis nabi : “JIKA KAMU TAHU APA YANG KAMI TAHU NESCAYA KAMU AKAN BANYAK MENANGIS, DAN SEDIKIT KETAWA”[RIWAYAT BUKHARI DAN IMAM MUSLIM]

Anonymous
PERHATIAN ! :)

kepade semua wargawarga dunia 2thiqah yang berada nun jauh terpinggir dari koop . subjek SEJARAH masuk exam bab 6 dan 7 . ana minta maaf dari ujung tudung sampaii ujong stokin , nak beritahu .. tapi time tuh semua dah blah dari kelas , n ana pun terlupa time tuhh . ustazah asiah cakap , masukk semua soklan OBJEKTIF. :)

maaf . maaf . maaf .
ana betol-betoll lupe .
RaihanaZak.
Ikhlas
www.iLuvislam.com
Mahawa Pilus
Editor : kasihsayang


Keikhlasan nan tercalar
Pabila kesabaran mula menghindar
Lemah dan tunduk tanpa sedar
Bisikan syaitan nan tak pernah pudar
Menawan kalbu hamba nan ingkar

Keikhlasan nan terhakis
Kerana hati tak bisa menangis
Pujukan dan rayumu wahai sang iblis
Ketipisan iman tak bisa menepis

Lalu…
Lerailah budi,lenyaplah jasa
Segunung budi selaut jasa
Ganjaran dinanti tak kunjung tiba
Ganjaran melayang di tingkap terbuka
Dosa menerpa di hati bertakhta
Budi dan jasa sia-sia semata
Ibadat dilaksana jerih segala

Aduhai…
Sukarnya mencari keikhlasan
Perit dan getirnya menebal keimanan
Lalu aku kembali kepada pokok pangkal dan dasarnya
Di sinilah…

Kupohon pada-Mu walau dalam susah
Kupohon pada-Mu walau dalam payah
Ikhlas itu rahsia Allah
Mudah-mudahan padaku
Rahmat-Mu tercurah.