hidayah zulkharnain.
yay.sekolah.jom serbu thiqah.

hure.cuti sekolah dah habis.esok sekolah.yay.er.eh,ana pula semangat.macam mana thiqah?.best cuti?.huhu.esok cerita la puaspuas ye apa yang korang buat sepanjang cuti ni.tapi jangan cerita waktu belajar sudah.jom pergi sekolah dengan semangat baru.belajar sungguhsungguh untuk berjaya.rajin=berjaya.malas=gagal.jadi,jangan malasmalas.ok?.semangatsemangat.ngee.
hidayah zulkharnain.
gelisah dihati ini taa dapat disembunyikan lagi.

Hati yang tidak tenteram berpunca dengan adanya segumpal sifat-sifat mazmummah. Antara sifat-sifat mazmummah yang menghilangkan ketenangan di hati ialah :-

1) Cinta Dunia

Cinta kepada hal-hal duniawi merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah hal-hal ukhrawi (akhirat) itu sebagai pegangan teguh selamanya dan hal-hal duniawi sebagai pentas sementara. Bila mati cuma ada amalan, doa anak yang soleh atau solehah dan harta yang disedekahkan mengiringi kita di sana.


2) Tamak

Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. Mereka yang tidak pernah puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak. Orang yang tamak selalu rugi


3) Kedekut

Sentiasa melihat orang lain mahu menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Sentiasa mengelak dari menderma dan berdalih dengan mengatakan ia tiada duit. ALLAH lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.


4) Riak

Allah tidak menyukai akan sifat riak, takabbur dengan apa yang kita ada. Mereka tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika dia dipuji, dia akan gembira dan bermegah serta menjadi rajin bekerja tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan kerjanya.


5) Pemarah

Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati senantiasa tidak tenang.


6) Ego

Senantiasa merasakan dirinya sahaja yang betul. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Mereka tidak akan mengalah sekali-kali, jadi mereka senantiasa akan berada dalam keadaan tidak tenang dan tenteram hatinya.


7) Pendendam

Perasaan yang membuku dan mengelapkan hati terhadap seseorang oleh kerana dia pernah melukakan atau malakukan kesalahan kepadanya ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk meletuskan laharnya iaini membalas dendam kepada orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.!


8) Hasad Dengki

Mereka senantiasa berasa iri hati dan berhasad dengki kerana tidak mahu melihat kebahagiaan dan kejayaan orang lain.


9) Tidak Sabar

Tidak boleh menunggu dan sentiasa mementingkan diri sendiri tanpa memperdulikan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam membuat keputusan tanpa berfikir panjang sehingga kadang kalanya menyusahkan orang lain.


Pengajaran di sini bermujahadahlah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya. Wallahualam bissawab.





Hakikat Bahagia - UNIC

dengan mengingati ALLAH.hati kan menjadi tenang.
hidayah zulkharnain.
wanita dan hati yang cantik
iluvislam.com
posted by:nurul hafizah

hijab is the real beauty.

Untuk renungan kita bersama.

· Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik,
cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan
langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri.
Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

· Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'.
Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita
mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah
SWT dengan dzikir dan do'a.

· Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman.
Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa
bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii
Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah
memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR
Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

· Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat
Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain,
tidak menyombongkan diri atau takabur.

· Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan
berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat,
lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari.
Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan
air putih.

· Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan.
Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

RaihanaZak.
assalamualaikum semua!!wah,nampaknya blog ini sudah lama terbiar..
em.nak bagi satu pengumuman..patutnya buat lama dulu..tapi..terlupa..baca sahaja..ok!!
PERHATIAN KEPADA PELAJAR DUA THIQAH!
ANTUNNA DIJEMPUT UNTUK MENGHADIRI...
MAJLIS PERKAHWINAN USTAZAH HAWA + PASANGANNYA..
berikut adalah butirannya::
+ tarikh: 22 mac 2009, ahad +
+tempat: no.20,jalan jelatang 23,taman megah ria,masai johor +
em.ustazah pesan ajak mak dan ayah sekali.ustazah rindu kita semua.jadi,siapa yang rasa rindu jugak pada ustazah tu..yuk pakat ramai-ramai!kita meriahkan majlis ustazah,,,
seperkara lagi..jangan kita lupakan doakan kebahagiaan ustzh dengan suaminya di dunia dan di akhirat..
sekian..itu sahaja~ DATANG JANGAN TAK DATANG!! wassalam :)
hidayah zulkharnain.
habis exam!.yay!.

alamak.terlambat post.adui.maaf.ok.alhamdulillah,jumaat lepas bertarikh 6 Mac 2009,berakhirla sudah UB1!.hure!.merdeka![untuk beberapa minggu SAHAJA.].lepas UB1 ada sekolah seminggu.lepas tu CUTI!.yay!.huhu.ok.nak ucapkan selamat bercuti pada semua budakbudak thiqah.cuti nanti jaga diri bebaik.jangan buat kerja nakalnakal.nanana.ok.semoga cuti nanti diisi dengan perkaraperkara berfaedah ea.
hidayah zulkharnain.
semoga berjaya!

exam dah start!.jom study.ingat 1 perkara.mungkin kita taa mampu untuk jadi yang terbaik,tapi setiap apa yang kita lakukan,lakukan lah yang terbaik.!semoga tenang jawab soalan periksa.nah.nak kongsi TIPS mengahadapi ujian.huhu.

-JANGAN panik
-Buat kajian terhadap topik.[fahami topik.catat maklumatmaklumat penting.]
-Ulangkaji soalan.
-Banyakkan pembelajaran 'OUTPUT LEARNING'.[discuss ramairamai.study group.]
-Memperbanyakkan LATIH TUBI.
-Nota ringkas.
-Pastikan TIDUR+REHAT mencukupi
-BERSENAM [min-10 minit]
-Makan makanan BERKHASIAT.
-Kawal emosi.
-DOA+SOLAT HAJAT.

ok.tu je.selamat menjawab menjalani peperiksaan.